Tuesday, April 29, 2014

I LOVE TVET; Majulah TVET Kerana Manusia Untuk Tuhan

PENDAHULUAN 

Alhamdulillah atas inisiatif seorang rakan, sehingga ke hari ini group facebook I Love TVET telah mempunyai hampir 1,115 keahlian. 

Walaupun bersifat underground, group ini telah menghubungkan pelbagai pihak dari segenap lapisan individu dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional secara santai dan bermaklumat. Dengan hasrat mengharmonikan sistem pendidikan sedia ada dan mendokong sistem pendidikan berasaskan kemahiran, group ini dilihat telah berada di landasan yang betul bagi menjayakan misi tersebut. 

Seiring dengan cogan kata 'Majulah TVET Kerana Manusia Untuk Tuhan' diharap penulisan-penulisan dalam blog ini dapat memberikan pencerahan kepada matlamat konsep pendidikan kemahiran yang sebenar tanpa mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai insan.

Buka minda, buka jiwa, dan mari melihat 'Cinta' pada 'Kerja'!